Assalamualaikum you all, semalam saya dah dapat result!

Bukan result pemeriksaan kesihatan tetapi result Penilaian Menengah Rendah :)

Alhamdulillah, doa saya termakbul. Walaupun saya tak dapat 8a yang ditarget sekolah tetapi saya bersyukur sangat. Siapa suruh sekolah target saya hahah! Selepas ni bolehlah saya amek aliran kelas sains walaupun dari mulanya saya tak target pun nak masuk kelas tuu. Tapi dah keputusan okay so amek jelah. Heehe happynya tak terkata. Saya dapat 6A 2B. Apa yang B? Hm takpayah cakap dah tahu dah mestilah Sejarah pentol and English bebal '___'

Memang tak rancak macam awak punya result tapi saya bersyukur. Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Tapi perasaan nak amik result tadi tak boleh belah lah haiya tangan macam mesin rumput menggeletar macam bagai. Hahah lepas ni saya dah tanam azam baru nak belajar bersungguh sungguh. I wanna be a veterinar. I love animal so that i wanna be that. 

And yang saya suka sekali, ibu ayah saya amat berbangga dekat anak kedua dorang ni. Dorang ucap tahniah bebanyak kali. Saya dah penat nak ucap terima kasih hahah. Bayangkan kalau saya dapat 8A? Pehh mesti dorang lagi bangga kan hehe. Then ayah semalam tanya, akak nak hadiah apa? Then saya cakap lahh CAMERA satu lah yah! Ahaahha. Later ayah cakap Insyallah lepastu dia dok pesan kalau ada camera tu jaga baik baik lah yehh. Hahah itu maknanya saya tak geti jaga barang letuww thats why ayah siap pesan duluu hahha.

Tahu tak abang saya cakap apa? Dia cakap sebokkk jeeee nak ikut abang dapat enaammm A. Haha mentang mentang ler dia punya result spm bagus nak tudoh orang tiru dia leniii. Hahah abang abang. Bak sini Kenny Roggers satuu. And Kak Maziahh, Mel nak Mcd satu kay. Umi! Akak nak aiskrim Magnum empat. Haahaha macam macam aku mintak kan haihh.


Hehe okay tu jelah ceritanya. But semalam ada berita buruk yang saya dengar, Lis Suarez tak boleh main lapan perlawanan. Watehelll. Huhh sedih. Ini semua Evra pentol tu punya hal lah. Okay apepun terima kasih family sebab supporting me. Iloveyou guysss :)